-----------------------------------------------------------------
Video here:
https://youtu.be/gf6RsOxfFsM
Video here:
https://youtu.be/gf6RsOxfFsM
Saya bangun untuk
menyertai perdebatan Rang Undang-undang Kastam (Pindaan) 2019.
Tuan Speaker,
Malaysia telah menjadi
anggota World Customs Organization (WCO) pada tahun 1964. Sejajar dengan perdagangan
antarabangsa yang makin rancak, maka perlulah prosedur dan perundangan kastam
disemak serta diperbaharui setiap masa.
Kalau kita imbas kembali
legislative history of Akta Kastam, ia berkuatkuasa tahun 1967 dan banyak
pindaan telah dibuat sebelum ini dan pindaan terakhir ialah pada tahun 2018.
Saya ingin berdebat
secara prinsip terhadap pindaan Akta Kastam iaitu Jabatan Kastam Diraja
Malaysia perlu senantiasa memastikan urusan kastam memenuhi ciri-ciri berikut:
(1)
Mencetus pertumbuhan ekonomi serta memperbaiki
daya-saingan Malaysia dalam perniagaaan antarabangsa.
(2)
Menjana hasil kepada Negera melalui
kutipan hasil kastam.
(3) Mengimbangi satu persekitaran antara
perniagaan antarabangsa serta keselamatan nasional dan antarabangsa.
Selain cadangan perundangan
ini, soalan saya apakah usaha-usaha baru pihak Kastam terhadap pembaharuan dari
segi keselamatan, dokumentasi serta merancakkan perniagaan antarabangsa ?
Tuan Speker,
Saya juga maklum terhadap
bab baru seperti Tranship and Transhipment, Petroleum Supply Base, Origin and
Preferential and Non preferential Tariff Treatment and Special provision
dealing with Pangkor.
Tuan Speaker,
Saya ingin menarik perhatian
Menteri dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia tentang Declaration of the Customs
Co-operation Council Concerning Good Governance and Integrity in Customs (atau
dipanggil Arusha Declaration) yang diisytiharkan pada tahun 1993 disemak tahun
2003. Dalam deklarasi tersebut, objektif Kastam sebagai mengutip hasil,
melindungi komuniti, fasilitasi perniagaan serta melindungi keselamatan
nasional. Isu integrity merupakan satu tunjang kepada urusan kastam. Sekiranya
rasuah berlaku, maka terdapat fraud, ketirisan, cabaran kepada keselamatan
nasional, kos tambahan perniagaan dan sebagainya.
Tuan Speaker,
Persoalan saya: Apakah
usaha yang telah dilakukan, percapaian dan dirancang untuk memastikan integrity
dan good governance dalam urusan kastam?
Saya juga ingin merujuk kepada Seksyen 111C(1) Rang Undang-undang ini iaitu: Power to intercept communications. Seksyen ini merupakan satu seksyen extra-ordinary kerana membolehkan Public Prosecutor “to intercept or listen to any conversation by any telecommunication” setelah menerima permohonan pegawai kastam kanan. Kuasa ini besar dan extra-ordinary. Saya meminta kuasa S111C(1) hendaklah dilaksanakan secara berhemat.
Tuan Speaker,
Masyarakat umum telah
membaca pada tahun 2018. Barang-barang kemas dari syarikat Lebanese boleh dibawah
masuk ke dalam negara oleh seorang VVIP Datin Seri tanpa deklarasi customs. Saya
ingin menanyakan samada borang-borang perisytihaan diisi, samada excise duty dibayar.
Subjek tersebut ialah 44 barang kemas berjumlah RM60 juta. Saya minta Menteri
memberikan satu statement tentang perkembangan lanjut kes ini.
Tuan Speaker,
Masa depan Kastam ialah
Digitalization. Dengan kewujudan pelbagai trade agreement, usaha perlu diadakan
untuk memperbaiki prosedur kastam melalui digital serta melicinkan prosedur
untuk mengurangkan kos perniagaan. Oleh itu, saya meminta usaha konkrit supaya sasaran
“Digital Custom” dapat dicapai sepenuhnya.
------------------------------
No comments:
Post a Comment